Monday, May 6, 2019

Hebahan Program Himpunan Mega Raya 2019

Assalamualaikum semua.

Saya Cikgu Zulkifli Hambali, Pengerusi Pertubuhan Kami Anak (KAF) Trolak Utara (KAFTU) serta seluruh Ahli Jawatankuasa KAFTU menjemput semua anak & menantu peneroka FTU (samada yang dah menjadi ahli atau belum) ke majlis RU MEGA RAYA KAFTU pada Raya Ke 4 bermula jam 2.30ptg di Dewan Besar FTU.

Semoga RU ini akan menambah erat ukhwah generasi ke 2 KAFTU serta memperoleh cetusan idea bernas dari semua lapisan disiplin kepakaran masing2 utk kita ketengahkan sbg role model ke arah kelestarian semula Felda baru.

Titipan doa saya di penghujung Ramadan ini agar KAFTU akan terus bergerak maju dgn kombinasi keahlian pelbagai tahap pendidikan ( biasa & profesional) serta didokong oleh semua ahli yang *BERFIKIRAN POSITIF* dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti.

KEBERSAMAAN & KEBERSATUAN.

KAF DI HATI, FELDA DI SANUBARI.



TENTATIF

14.00
Ketibaan Anak2, Menantu, Cucu Peneroka FTU

14.30
Ketibaan VIP
Pendaftaran Ahli Baru KAFTU

15.00
Ucapan Pengerusi KAFTU
Ucapan Pengerusi KAF Kebangsaan
sesi Memperkenalkan AJK KAF TU
Penyerahan Borang Keahlian Kepada Pengerusi KAF Kebangsaan
Sessi Bergambar

16.00
Jamuan Makan dan Ramah mesra

17.00
Duit Raya utk Anak2

18.00
Majlis Bersurai

*KERBERSAMAAN DAN KEBERSATUAN *

*KAF DI HATI FELDA DI SANUBARI*

No comments:

Post a Comment